• hut 60 website.jpg
  • raya.jpg

Hari Ini

Tarikh Kemaskini

 Friday, 08 September 2017 08:18 

Bilangan Pengunjung

We have 71 guests online

Pelawat Kami

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini616
mod_vvisit_counterSemalam1508
mod_vvisit_counterMinggu Ini4607
mod_vvisit_counterMinggu Lepas8100
mod_vvisit_counterBulan Ini20716
mod_vvisit_counterBulan Lepas34559
mod_vvisit_counterSehingga Kini1959506
Profil Kol YPD PDF Print E-mail
Tuesday, 13 September 2011 11:21

BIODATA DYMM TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR


Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir diputerakan pada 14 Januari 1948. Anakanda kepada Tuanku Munawir Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah adalah satu-satunya putera daripada enam adik-beradik.
Baginda dibesarkan di Negeri Sembilan Darul Khusus dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah Tunku Besar Tampin dan Sekolah King George V, Seremban. Selepas itu, Baginda melanjutkan pengajian di Aldenham School, Elstree England di peringkat O-Level dan A-Level sebelum menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang di University of Wales, Aberyswyth, Wales hingga memperoleh ijazah LLB pada tahun 1970.
Setelah menamatkan pengajian Baginda pulang ke tanah air dan menceburi kerjaya dalam pelbagai bidang, termasuk perbankan, kewangan dan pengiklanan. Berkat ketekunan dan pendedahan yang baginda terima sepanjang menceburi bidang-bidang berkenaan, Tuanku Muhriz diiktiraf sebagai pakar dalam beberapa bidang khususnya perbankan sehingga diberi kepercayaan sebagai ahli lembaga pengarah sebuah bank serantau sejak 2006.
Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani mendirikan rumah tangga pada 25 April 1974 dan dikurniakan tiga putera, iaitu Yang Amat Mulia Tunku Ali Redhauddin, Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin dan Yang Amat Mulia Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.


BIODATA DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


DYMM Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah diputerikan di Batu Gajah, Perak pada 19 Jun 1952. Baginda merupakan puteri kepada YAM Tengku Sri Utama Raja Tengku Besar Mahmud ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dan Tok Puan Zainun Binti Haji Su Mahmud. Baginda merupakan kerabat Diraja Terengganu.
Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 25 April 1974. Istiadat Perkahwinan Diraja itu telah dilangsungkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu dan Istiadat Bertandang diadakan di Istana Lama Seri Menanti dan Istana Munarah, Seremban. Baginda berdua telah dikurniakan 3 orang putera.
Di samping komited menguruskan keluarga, baginda juga sering meluangkan masa mengikuti program-program amal yang di kendalikan oleh persatuan-persatuan yang baginda anggotai seperti Ineer Wheel of Kuala Lumpur. Baginda juga merupakan ahli Kuala Lumpur Speakers Club. Baginda sering mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan ke rumah anak yatim dan orang tua.
Dalam bidang yang lain, baginda pernah ke Amerika Syarikat untuk mengikuti dan mendalami kursus penjagaan kanak-kanak istimewa, khususnya dalam bidang perkembangan kanak-kanak yang dianjurkan oleh Institute For The Achievement of Human Potential, Philadelphia, Pennsylvania. Dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang ini, baginda sering memberi nasihat dan tunjuk ajar serta pertolongan kepada mereka yang memerlukan.
Baginda juga meminati kesenian tangan seperti jahitan crochet, procelain dan ceramic paintings. Baginda pernah menghasilkan beberapa karya dan kerja tangan untuk kegunaan sendiri juga untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan baginda. Baginda juga amat minat memelihara kucing.

Last Updated on Thursday, 22 September 2011 09:46
 

Hakcipta Terpelihara 2012 © Kor Jurutera Elektrik Dan Jentera Diraja
Notis Hak Cipta |  Dasar Privasi |  Dasar Keselamatan |  Penafian

Jabatan Arah JLJ Tingkat 11,
Wisma Pertahanan Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur